11 November 2009

Perhimpunan Bulanan terakhir 2009








Perhimpunan Bulanan Kokurikulum yang diadakan pada 10 November 2009 bersamaan hari Selasa merupakan perhimpunan bulanan terakhir sepanjang tahun 2009. Pegawai Pelajaran Daerah, DATIN HJH. NAEMAH BT. AHAMAD DAHALAN telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi kepada murid-murid SK Bongek, sekaligus menyampaikan anugerah cemerlang UPSR 2008 kepada guru-guru dan sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan ketika perhimpunan bulanan tersebut ialah pemeriksaan perbarisan dan penyampaian hadiah kokurikulum.

Puan Hajjah Norzaiti selaku Guru Besar SKB mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Datin untuk datang sendiri memenuhi jemputan pihak sekolah. Datin juga amat berbesar hati kerana telah dijemput untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh SKB.

reported by : Mrs Ayu

Jom Rileks!!