30 March 2010

KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2010








Isnin-26 Mac 2010:

Kem Bestari Solat kali pertama bagi tahun 2010 telah pun dijalankan dengan jayanya. Pada tahun ini pertambahan kelas daripada tiga kelas pada tahun 2009 menjadikan empat kelas pada tahun ini yang mana ia melibatkan hampir 60orang murid SKB.
Program ini dikendalikan oleh GPI,GPI jQAF dan juga guru KAP petang. Program KBS adalah program wajib bagi kelas jQAF sekolah rendah.


disediakan oleh : abun wafiq al-kelantani

14 March 2010

PROGRAM BERKELOMPOK PERKEMAHAN JATI DIRI MURID-MURID TAHUN 6 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH REMBAU 2010








Khamis 11 Mac 2010,

Satu program berkelompok perkemahan jati diri murid-murid tahun sekolah-sekolah terpilih daerah rembau telah diadakan di tapak perkemahan gunung datuk pada 10-11 mac 2010.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jawatankuasa penganjur program ini.program seperti ini amat berkesan untuk memupuk jati diri murid-murid. program seperti ini perlu dijadikan acara wajib bagi murid-murid tahun 6 supaya mereka lebih yakin dalam memimpin dan menyusun atur perjalanan hidup dan hala tuju mereka.Skolah-sekolah yang terlibat pada program kali ini ialah Sk Bongek,Sk kg.Tangjung,Sk Kg.Batu,Sk.Astana Raja dan Sk Kota.
Perasmian penutup perkemahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar Ahli Parlimen Rembau. Tuan Khairy dalam ucapannya melahirkan rasa bangga diatas semangat dan komitmen murid-murid menjalani perkemahan ini. Beliau seterusnya melawat tapak perkemahan serta berpuas hati dengan program yang dijalankan ini. Beliau juag berharap program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

disediakan oleh : abun wafiq al-kelantani

Jom Rileks!!