14 February 2012

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 2012


ISNIN - 13 FEB 2012

Satu majlis telah diadakan bagi menyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan dan media kepada murid - murid yang telah terpilih dari Tahun 3 hingga Tahun 6. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk Bongek, Pn. Hjh. Norzaiti bt Hj. Zulkeple. Seramai 25 orang murid telah dipilih sebagai pengawas sekolah dan 22 orang murid sebagai pengawas perpustakaan dan media. Adik Muhd. Aiman b Md Noor telah dilantik sebagai Ketua Murid manakala adik Siti Nur Aqila bt Muhamad Shah telah dilantik sebagai Penolong Ketua Murid. Untuk Ketua Pengawas Perpustakaan dan Media, adik Wan Muhd. Nabil b Muhd. Zahid telah dilantik manakala adik Nurnadia bt Isa sebagai penolong. Tahniah diucapkan!



Murid - murid yang telah dilantik sebagai Pengawas Perpustakaan dan Media

Murid - murid yang telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah

Penyampaian watikah kepada salah seorang murid

Murid - murid sedang duduk menunggu untuk penyampaian watikah

Wajah - wajah Penolong Ketua Murid, Ketua Murid, Ketua Pengawas Perpustakaan dan Media dan Penolong Ketua Pengawas Perpustakaan dan Media (dari kiri)


PERTANDINGAN MEWARNA DI GUNUNG DATUK

AHAD - 12 FEB 2012
Satu pertandingan mewarna telah diadakan di Gunung Datuk untuk murid - murid Tahap 1. Seramai 5 orang peserta telah dihantar bagi mewakili sekolah. Dua orang murid telah mendapat hadiah saguhati. Tahniah diucapkan!










MAJLIS PERJUMPAAN 3 PENJURU DAN MOTIVASI MURID TAHUN 6 2012

MAJLIS PERJUMPAAN 3 PENJURU MURID TAHUN 6

SABTU - 11 FEB 2012
Satu program perjumpaan 3 penjuru telah diadakan di Dewan Sri Budi, SK Bongek. Sesi perjumpaan telah dimulakan dengan penerangan oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Norzaiti bt Hj. Zulkeple tentang program dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun seiring dengan Program Lonjakan Kualiti UPSR. Agenda diteruskan dengan sesi perbincangan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa bagi membincangkan permasalahan yang timbul bagi meningkatkan prestasi murid - murid. Ucapan terima kasih di ucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir pada hari tersebut.



Guru besar sedang memberi penerangan tentang program akan dijalankan.

Antara ibu bapa yang hadir semasa majlis tersebut


MOTIVASI MURID TAHUN 6

Di samping perjumpaan 3 penjuru, dua program motivasi telah disampaikan kepada murid - murid Tahun 5 dan 6. Antaranya cerama motivasi yang telah disampaikan oleh Ustazah Sholeha bt Hassan dan juga penceramah jemputan dari SMK Undang Rembau, Pn. Hjh. Rozita bt Abas.


Murid - murid tekun mendengar ceramah motivasi yang sedang disampaikan.

Cenderamata buat penceramah.

PROGRAM TRANSISI 2012


SELASA - 27 DIS 2011

Satu program yang telah disediakan khas untuk murid - murid Tahun 1 2012 telah dijalankan semasa cuti persekolahan akhir tahun 2011. Program tersebut iaitu Program Transisi telah dijalankan bagi memperkenalkan murid - murid Tahun 1 yang memasuki ke alam persekolahan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti sesi penerangan tentang persekolahan kepada ibu bapa. Pelbagai telatah murid - murid Tahun 1 juga dapat dilihat.

Jom Rileks!!