Showing posts with label Berita Terkini.... Show all posts
Showing posts with label Berita Terkini.... Show all posts

14 February 2012

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 2012


ISNIN - 13 FEB 2012

Satu majlis telah diadakan bagi menyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan dan media kepada murid - murid yang telah terpilih dari Tahun 3 hingga Tahun 6. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk Bongek, Pn. Hjh. Norzaiti bt Hj. Zulkeple. Seramai 25 orang murid telah dipilih sebagai pengawas sekolah dan 22 orang murid sebagai pengawas perpustakaan dan media. Adik Muhd. Aiman b Md Noor telah dilantik sebagai Ketua Murid manakala adik Siti Nur Aqila bt Muhamad Shah telah dilantik sebagai Penolong Ketua Murid. Untuk Ketua Pengawas Perpustakaan dan Media, adik Wan Muhd. Nabil b Muhd. Zahid telah dilantik manakala adik Nurnadia bt Isa sebagai penolong. Tahniah diucapkan!



Murid - murid yang telah dilantik sebagai Pengawas Perpustakaan dan Media

Murid - murid yang telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah

Penyampaian watikah kepada salah seorang murid

Murid - murid sedang duduk menunggu untuk penyampaian watikah

Wajah - wajah Penolong Ketua Murid, Ketua Murid, Ketua Pengawas Perpustakaan dan Media dan Penolong Ketua Pengawas Perpustakaan dan Media (dari kiri)


14 March 2010

PROGRAM BERKELOMPOK PERKEMAHAN JATI DIRI MURID-MURID TAHUN 6 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH REMBAU 2010








Khamis 11 Mac 2010,

Satu program berkelompok perkemahan jati diri murid-murid tahun sekolah-sekolah terpilih daerah rembau telah diadakan di tapak perkemahan gunung datuk pada 10-11 mac 2010.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jawatankuasa penganjur program ini.program seperti ini amat berkesan untuk memupuk jati diri murid-murid. program seperti ini perlu dijadikan acara wajib bagi murid-murid tahun 6 supaya mereka lebih yakin dalam memimpin dan menyusun atur perjalanan hidup dan hala tuju mereka.Skolah-sekolah yang terlibat pada program kali ini ialah Sk Bongek,Sk kg.Tangjung,Sk Kg.Batu,Sk.Astana Raja dan Sk Kota.
Perasmian penutup perkemahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar Ahli Parlimen Rembau. Tuan Khairy dalam ucapannya melahirkan rasa bangga diatas semangat dan komitmen murid-murid menjalani perkemahan ini. Beliau seterusnya melawat tapak perkemahan serta berpuas hati dengan program yang dijalankan ini. Beliau juag berharap program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

disediakan oleh : abun wafiq al-kelantani

Jom Rileks!!