Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Power Point mata pelajaran Pendidikan Islam telah diadakan di PKG Kota pada 5 Ogos 2009.
Sk Bongek sebagai Pengerusi Panitia Daerah juga tidak melepaskan peluang menghantar dua orang guru Pendidikan Islamnya iaitu Us.Mohamad Yusran b. Mohamad Yusoff dan Ustazah Bahariah Bt.Bakri.
Pengerusi Panitia Daerah, Pn.Hjh.Norzaiti Bt.Hj.Zulkeple meluangkan masa beliau untuk hadir memberikan sokongan moral kepada guru-guru selain memberikan pandangan yang bernas.
Di harap bengkel sebegini sentiasa dianjurkan supaya guru-guru mendapat manfaat sewajarnya disamping dapat merapatkan ukhuwwah dan mahabbah dikalangan guru-guru sendiri.