21 October 2009

OPKIM Rembau 2009







Nilai, 4 April 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama jawatankuasa Sireh Pulang ke Gagang telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat (OPKIM) Rembau 2009 bertempat di Fakulti kepimpinan dan pengurusan, USIM.

Program ini bertujuan untuk memberikan bimbingan motivasi khususnya dalam aspek pembangunan akademik dan sahsiah pelajar di dalam mencapai kejayaan ke peringkat seterusnya.  Selain itu juga program in dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara USIM dengan masyarakat setempat di DUN Rembau.

Seramai 90 orang perserta menyertai program ini yang terdiri daripada para pelajar serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Bongek dan Sekolah Kebangsaan Pulau Bosar, Rembau Negeri Sembilan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang berhormat Dato’ Dr Awaluddin Said, ADUN Kota, Rembau, Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan Ahli Jawatankuasa Sireh Pulang ke Gagang serta wakil-wakil kampung yang memeriahkan lagi acara.


reported by : mrs.Ayu

Jom Rileks!!